loading...

[VIDEO] Setahun Tak Jumpa Kerana Tugas, Dakapan Anak Dan Ibu Buat Netizen Sebak

 


Apabila sudah meningkat dewasa dan mula bekerja, waktu bersama keluarga serta ibu bapa menjadi semakin singkat. Setiap individu pasti merasainya lebih-lebih lagi yang perlu berkerja di luar negeri atau jauh dari kampung halaman. Seperti seorang pemuda ini yang perlu bertugas di Sabah.


Terus berlari dapatkan anak lelaki yang sudah setahun tidak berjumpa kerana tugas

 Menerusi perkongsian video di TikTok Meeroja, si ibu yang masih bertelekung sempat menjenguk ke luar jendela untuk melihat siapa datang ke rumah sebelum berlari mendapatkannya. Insan paling ditunggu-tunggu itu adalah anak lelakinya yang sudah hampir setahun tidak bertemu kerana perlu bertugas jauh sementara keluarganya berada di Kelantan



Dakap anak penuh erat seperti tidak mahu melepaskannya kerana terlampau rindu

 Wanita yang sudah berumur itu terus mendakap erat anaknya sebelum mengucup pipinya berkali-kali dengan penuh sebak. Dakapan itu terlihat seperti tidak mahu dilepaskan sama sekali menandakan kasih sayang yang menggunung buat anak lelakinya itu.

@meerojaa

Hampir setahun xbertemu mok..lepas jer tamat latihan abg sy terus kena bertugas d sabah..Humm Kasih seorg ibu..😥

♬ original sound - _meeroja


Meleleh air mata tengok ni. Beruntunglah yang masih ada ibu,teringin nak rasa dakapannya 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak apabila melihat video dua beranak tersebut. Di samping itu, ramai juga meluahkan rasa sedih dan juga rindu teringatkan ibu bapa mereka yang sudah tiada