loading...

Baru Nikah Seminggu, Ibu Sampai Pengsan Bila Remaja Tambah 1 Lagi ‘Cawangan’

 


Isu bermadu merupakan antara topik yang sensitif buat para isteri. Walau bagaimanapun, siapalah kita untuk menghalang jika memang sudah ditakdirkan akan ‘berkongsi kasih’ suatu hari nanti. Akan tetapi, kisah kahwin 2 kali ini berbeza sedikit apabila seorang remaja dari Lombok, Indonesia telah mengambil keputusan untuk menambah ‘cawangan’ dalam masa seminggu.

Umur 18 tahun, kahwin dengan pelajar yang baru tamat Sekolah Menengah Rendah 

Masih berusia 18 tahun, Rizal telah selamat menikahi seorang gadis yang baru sahaja tamat Sekolah Menengah Rendah dengan mas kahwin 2.5 juta rupiah (RM703). Oleh kerana kedua-dua mempelai masih berada di bawah umur, bapa kepada pengantin lelaki bersetuju untuk menjalani pernikahan secara adat sahaja tanpa campur tangan jabatan agama.





Ibu pengsan bila orang yang disangka tetamu, rupanya datang nak meminang anak lelaki 

Walau bagaimanapun, kejadian tak disangka telah berlaku apabila rumah mereka didatangi sekumpulan tetamu yang mahu anaknya bernikah dengan Rizal. Isteri pertama yang bernama Fitriani akui terkejut dan ibu mentuanya pula pengsan apabila mendengarkan permintaan itu.



Isteri pertama akui kecewa tapi akan cuba untuk bahagia 

Akhirnya penikahan dengan isteri kedua iaitu Mariani yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Atas telah selamat dilangsungkan dengan mas kahwin sebanyak 1 juta Rupiah (RM281). Mengulas lanjut mengenai perkahwinan kedua suaminya, Fitriani akui kecewa tetapi akan cuba berbaikbaik bersama madu.

Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 2