loading...

“Saya Minta Maaf”-Kru Mencari Sedih Gagal Selamatkan Anak Kapal, Ombak Kuat

 

Semalam rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan insiden kapal karam di perairan Miri, Sarawak yang melibatkan ratusan nyawa anak kapal Topaz. Pusat Koordinasi dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya telah menerima isyarat kecemasan daripada Kapal Sapura Construction yang berada berhampiran kapal malang tersebut kira-kira jam 6.45 pagi.

Seramai 173 individu telah berjaya diselamatkan, namun 2 daripadanya tidak lagi bernyawa 

Sebahagian 173 yang terselamat daripada 185 individu terlibat selamat tiba di jeti Pelabuhan Miri. 12 orang lagi kekal di atas kapal bagi memastikan keselamatan vessel. Walau bagaimanapun, dua orang anak kapal telah dilaporkan tidak dapat diselamatkan dalam kejadian berkenaan. Jasad keduaduanya yang merupakan warga Malaysia telah dibawa ke pusat perubatan di bandar Miri dengan menggunakan helikopter Petronas.





Kru penyelamat minta maaf tak mampu selamatkan salah seorang anak kapal sebab ombak terlalu kuat 

Salah seorang kru kapal yang terlibat dalam misi mencari iaitu Zullfiqqar Jefrey dilihat sempat tinggalkan permohonan maaf di ruangan komen Facebook rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tindakan itu diambil kerana tidak dapat menyelamatkan salah seorang anak kapal yang terbabit. Jelasnya lagi, mereka cuma mampu untuk membantu serba sedikit sahaja kerana hempasan ombak terlalu kuat pada waktu itu.




Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 3