[VIDEO] Menjauh Demi Tugas Pada Negara, Berjurai Air Mata Isteri Terima Kejutan
Seorang isteri pasti mahukan kehadiran si suami dalam menguruskan alam rumah tangga dan juga membesarkan cahaya mata. Walau bagaimanapun, tidak semua dapat mengecapinya kerana ada yang perlu berpisah dek kerana tugas kepada negara. Bagi seorang isteri kepada perajurit negara, terpaksa hidup menjauh adalah hal biasa dan ia digambarkan juga melalui kisah seorang wanita ini.
Suami beri kejutan jambangan bunga dan belon, hargai kesetiaan isteri dan nyatakan rindu
Menerusi perkongsian video di laman TikTok @deechanteq, wanita berkenaan dilihat menitiskan air mata apabila menerima kejutan jauh daripada suaminya. Pemberian berbentuk sejambak bunga dan juga belon itu dihadiahkan sebagai menghargai kesetiaan serta menyatakan kerinduannya terhadap si isteri bersama anak mereka.
Isteri jelaskan suami dah lama tak balik rumah, perlu bertugas untuk negara
Seakan-akan tidak percaya, lelaki tersebut turut mengirim sepucuk kad ucapan berterima kasih kepada wanita itu kerana memahami tugasnya walaupun mereka terpaksa berjauhan. Wanita itu menerima kejutan berkenaan dengan penuh rasa sebak dan menjelaskan suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah.
@deechanteq airmata kerinduan seorg isteri terhadap suaminya..kiriman dr suaminya tercinta..berjauhan demi tugas pada negara..mga bhgia milik kalian,,aamiin🤲🏻
♬ bunyi asal - Raja Farizuddinz
Masuk habuk mata lepas tengok video ni. Tumpang bersedih jugak, semoga akak bahagia dunia akhirat
Video yang telah ditonton lebih 117 ribu jumlah tontonan itu telah menyentuh hati netizen dan membuatkan mereka turut bersedih. Selain itu, ada juga yang mengambil peluang mendoakan semoga mereka berdua dapat bertemu kembali kelak.
Baca Juga : kisah umar bin khattab sang penjaga islam




