4 Pagi Dah Keluar, Remaja Kuatkan Diri Jual Kuih Lepas Ayah Diberhentikan Kerja
Wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan kematian, tetapi ia juga menjadi punca ramai pihak mengalami kerugian yang sangat banyak. Oleh itu, mereka akan mengambil jalan alternatif serta mengerahkan segala tenaga demi kelangsungan hidup masing-masing.
Terpaksa jual kuih, ayah dulu kerja buruh tapi diberhentikan sebab COVID-19…
Menerusi Instagram @rhmadii_, seorang remaja lelaki bernama Muhammad Haiqal telah melakukan perniagaan kecil dengan menjual kuih demi
kelangsungan hidup. Hal ini kerana, bapanya yang bekerja sebagai seorang buruh pembinaan terpaksa diberhentikan kerja gara-gara penularan
pandemik COVID-19. Mereka juga tinggal dalam sebuah rumah sewa di Barabai, Kalimantan Selatan
Mula meniaga seawal jam 4 pagi, impian untuk memiliki
sebuah telefon bimbit…
Tambah lelaki ini, remaja 14 tahun itu akan memulakan perniagaan seawal jam 4 pagi lagi. Dia kemudiannya akan pulang ke rumah setelah hasil
jualan habis sebelum kembali berniaga semula pada jam 2 petang sehingga malam pula. Apabila ditanya mengenai impiannya, Haiqal cuma ingin
memiliki sebuah telefon bimbit.
Remaja lain mesti dah maki hamun kalau parents tak belikan telefon,tapi budak nitak macam tu
Dalam ruangan komen sebuah portal hiburan, rata-rata netizen mendoakan supaya remaja berkenaan dimurahkan rezeki. Selain itu, mereka juga
berkongsi pengalaman ketika pernah berniaga seperti Haiqal sebelum ini


