Warga emas cedera disengat lebah
HULU PERAK - Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila cedera selepas disengat sekumpulan lebah ketika melalui sebuah ladang teh di Lenggong di sini pagi tadi.
.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata, mangsa, Kamaruddin Othman, 72, mengalami bengkak di beberapa bahagian muka akibat dihurung kumpulan lebah berkenaan.
.
“Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.40 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong ke lokasi bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
.
Menurutnya, pasukan bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap ‘Bee Suit’ bagi menyelamat mangsa yang telah dihurung lebah.
.
Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Abdullah itu tamat pada jam 11.54 pagi dan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan.
Baca Juga : Kisah Utsman Bin Affan

