Terkandas sebab banjir, lelaki ba tepi ‘highway’ ajak orang ramai makan sama-sama.
Banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri terutamanya di Pahang, Terengga Kelantan dan Johor telah mengakibatkan banyak kenderaan terkandas kerana lebuhra menghubungkan Pantai Timur dan ibu kota ditutup kerana dinaiki air. Oleh sebab itu, ramai yang terkandas di lebuhraya-lebuhraya tersebut tanpa sebarang persediaan seperti makanan dan juga minuman.
Bakar ikan tepi highway
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai imimaysrunnia, dia telah memuat naik beberapa gambar keluarga mertuanya yang membakar ikan di tepi lebuh raya berikutan hampir 24 jam terkandas.
semua sangat baik . kami saling tolong-menolong. sedap ikan bakar tuh tau. thankyou everyone ade rezeki jumpa lagi💘 https://t.co/UroL1uEBw6 pic.twitter.com/REBGNAi0ys
— nish🧚🏻♂️ (@anislatiff_) January 6, 2021
Menurut imimaysrunnia , keluarga mertuanya dalam perjalan pulang dari Tasik Kenyir telah terkandas bersama ratusan lagi pengguna lebuh raya tersebut.
Jadi, memandangkan mereka mempunyai stok ikan, mereka mengambil keputusan untuk membakarnya dan mengajak orang lain turut serta mengisi perut bersama-sama.
Penumpang bas sama-sama dapat merasa
Hal tersebut turut dikongsikan oleh seorang penumpang bas yang sama-sama terperangkap kerana banjir ketika itu.
Mereka yang hampir tiga hari dua malam tersekat dalam banjir telah diberi bantuan dan mereka juga telah dibawa ke pusat pemindahan sementara bagi mendapatkan makanan serta keperluan harian.
Hi. Let me share the experience during we stuck in the heavy flood at Raub, Pahang. Everyone struggling to survive, alhamdulillah Allah still ket us alive and experience what did happen to the locals during the flood. We were stuck in the bus for 3 days 2 nights pic.twitter.com/yXc7Jhhm7G
— Nur Anis A'dila (@nuranisadila_) January 5, 2021
Terharu dengan kebaikkan
Menerusi muat naik tersebut, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai komen positif kepada keluarga pengguna Twitter itu yang tetap berkongsi rezeki walaupun mereka juga sedang berdepan dengan ujian.
Mereka mengakui pengalaman sebegini pastinya akan menjadi kenangan paling berharga untuk masa hadapan.
Sumber: imimaysrunnia, nuranisadila_




