loading...

[VIDEO] ‘Cuak’ Nampak Ular Sawa Besar Hanyut Banjir, Sikit Lagi Masuk Rumah

 

Musim hujan yang melanda beberapa negeri ketika ini bukan sahaja menyebabkan banjir di kawasan rendah, malah turut mengundang kehadiran haiwan liar seperti ular. Sama ada keluar daripada sarang untuk mencari tempat perlindungan baru atau sekadar hanyut dibawa arus, ia dikhuatiri boleh menyusup masuk ke rumah tanpa kita sedari.

Kejadian malam tadi dekat area rumah…ular besar & panjang dirakam berenang di kawasan banjir 

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok tentang penemuan seekor ular sawa yang saiznya agak besar dan panjang sedang berenang bebas di kawasan
terjejas banjir. Menurut gadis bernama Syafiqah yang merakam kejadian tersebut, dia mengakui sangat terkejut memandangkan ia sudah dekat
dengan rumahnya. Tapi mujurlah hasil tindak balas cepat penduduk setempat, haiwan liar itu telah berjaya ditangkap sebelum ia mengancam manamana pihak. Malah berdasarkan klip rakaman tersebut, beberapa lelaki dewasa dilihat menahan ular itu daripada terlepas.

@syafiqahr23

Kejadian malam tadi area rumah 😊 #prayforpahang #banjir2021

♬ original sound - dakwah

Benda nilah yang paling takut masa banjir…Allahu besarnya & nasib baik dia timbul

Selain meraih lebih 400 ribu jumlah tontonan setakat ini, detik mencemaskan itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi TikTok
yang lain. Gara-gara ‘cuak’ dengan saiznya yang cukup besar, rata-rata netizen akui penemuan ular sebegitu sangat berisiko untuk penduduk yang
sudah terjejas banjir.