[VIDEO] Tengok Lembu Survive Dalam Banjir Pun Dah Sebak, Bayangkan Pula Kucing
Ekoran bencana banjir kilat dan hujan berterusan, banyak kawasan khususnya di sekitar Pantai Timur ditenggelami air. Lebih meruntun jiwa lagi apabila ada sesetengah kawasan hanya kelihatan bumbung rumah sahaja. Namun di sebalik kesedihan dan kerumitan yang dilalui oleh masyarakat setempat, nasib haiwan ternakan juga tak boleh dilupakan begitu saja
Ramai prihatin dengan nasib bintang.. pemuda sanggup bantu selamatkan kucing padahal rumah sendiri masuk air
Menerusi Twitter, tular beberapa video yang memaparkan keadaan pilu haiwan seperti lembu, kucing dan anjing yang hanyut dibawa arus deras
banjir. Contohnya, pemuda dari Pekan ini berusaha melindungi dan menyelamatkan binatang tersebut. Meskipun diri sendiri diuji dengan musibah
besar itu, namun dia dilihat ikhlas meluangkan masa mendayung sampan untuk ‘mengangkut’ kucing-kucing yang hanyut dek banjir.
Senior sekolah saya redah banjir selamatkan kucing. Moga Allah murahkan rezeki dia sekeluarga. Padahal rumah dia dah masuk air sampai kena pindah. Mulianya hati org macam ni. Aku yakin kucing-kucing tu akan doakan dia 🥺 Lokasi: Pekan Pahang. pic.twitter.com/C5QivuFydu
— m.fairuz.j (@callmefye) January 5, 2021
Kesian tgk lembu2 ni😭😭😭😭 pic.twitter.com/vhtYAE5jIK
— ❤️Tegur Tanda Sayang❤️ (@OfficialDarline) January 6, 2021
Tengok lembu nak survive pun dah sedih.. ni ada pula ibu
yang baru lepas bersalin dalam banjir
Sementara menerusi posting dikongsikan oleh @fyqahmurfiqah pula, beberapa individu gigih memberi makan pada sekumpulan lembu yang
terperangkap di dalam banjir. Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat seekor ibu lembu yang baru sahaja melahirkan anak dalam air. Justeru,
mereka mengambil inisiatif membawa naik si anak ke dalam bot bagi mengelakkan kesejukan.
Tengok lembu nak survive banjir pun dah sedih 😭😭 bayangkan kucing 😭 pic.twitter.com/4S1b1BmM8F
— murfiqah, faith fleur🍒 (@fyqahmurfiqah) January 7, 2021
Sumber : Twitter fyqahmurfiqah, callmefye, OfficialDarline


